Tuesday, 11 December 2012

DUA JIWA SATU HATI?


Pernah tak rasa sayang dua orang dalam satu masa tapi korang tak boleh nak buat pilihan? Masing masing ada kelebihan, kekurangan dan kepentingan sendiri. Bila nak buat pilihan, mesti takkan mampu. Takut sebenarnya nak sakitkan hati salah sorang dan takut rasa bersalah sampai bila bila. Lagi sedih bila kita bayangkan macam mana hidup dia tanpa kita, seksa nya, sakit nya, semua lah. Lagi lagi bila si dia tu jenis anti-social (tak sosial mana).

Rasanya masalah macam ni ramai yang alami. Diorg lebih suka ikut "JUST GO WITH THE FLOW" style. Bukan ape, sebab tak mampu nak buat pilihan dan bila fikir masalah ni akan jadi serabut beruk. Tapi tak dapat dielakkan, bila duduk sorang sorang atau paling kuat pun sebelum tidur, mesti terfikir 'sampai bila lah nak macam ni', 'ape lah aku buat sekarang ni'. Jenis jenis manusia macam ni bukan playgirl ye. Playgirl dia tak payah fikir serabut otak macam ni. Diorg senang je nak sepak orang. Ni jenis yang dah tersayang dua org ataupun dah couple dgn org lain tiba tiba ex datang cakap sayang sayang lagi. Perasaan sayang pulak ada lagi untuk ex. Memang serabut. Memang kita biasanya akan just go with the flow tapi sampai bila kan? One fine day, mesti kena buat pilihan. Kan?

Jadi masa tengah go with the flow dan sebelum kena buat pilihan, kena lah fikir antara mereka berdua, siapa yang the best dan ada bright future dengan kita atau kita tinggalkan dua dua untuk jadi adil. Mampu ke? Blerghhh ~ Antara dua mesti salah sorg tu korg sayang lebih sikit kan? Jangan tipu cakap sayang sama rata sebab benda mcm tu takkan wujud dekat manusia. Allah je mampu beri kasih sayang sama rata dekat hambaNya. Muhasabah jap. Hihi Untuk aku, aku pegang dekat ayat ni,

 "IF YOU HAVE TO CHOOSE BETWEEN ONE AND TWO, CHOOSE NUMBER TWO BECAUSE IF YOU REALLY LOVE NUMBER ONE, TWO WILL NEVER EXIST"

Ha. Faham tak ayat tu? Meh aku terangkan sikit. Maksudnya kalau betul kau sayang boipren no 1 kau, kau takkan curang pergi bercinta dengan boipren no 2 kau. Memang la sayang dua dua tapi mesti no 2 kau sayang lebih sikit dari no 1. Kan?

Permasalahan ni takde siapa boleh settle kan unless kau pergi jumpa bomoh, bomohkan diri kau jadi hilang ingatan. Haha but still tak boleh settle kan masalah. Buat nya satu hari nanti ingat balik, udah meroyan tak tentu pasal. Hihi Jadi fikir baik baik sebab soal hati ni kita tak boleh paksa. Hati ni unik kan? Walaupun org tu sakitkan hati kita tapi still hati kita tak boleh berenti sayang dia. Kalau rasa was was, ragu ragu, buat solat sunat istikharah lepas tu tawakkal. Ingat, Allah dah tentukan jodoh kita semasa kita dalam rahim mak kita lagi. Chiow~

.tita.

No comments:

Post a Comment