Tuesday, 15 January 2013

WHAT A SURPRISE!

"Oh my God! This is so lovely!" <--- my reaction when I saw the lovely necklace. Hisham bought me a necklace as a gift for our first anniversary. It is 18k white gold, 925 plated silver and Swarovski. I just love it.


Look how beautiful it is!


its perfect!

Beautiful isn't it? I just love it. Thank you manja for such a beautiful necklace and most importanly, its a WHITE GOLD! I love you!

.tita.


Wednesday, 12 December 2012

TAYAM

Ape tu tayam? Aku pun puas dok tanya satu opis tayam tu ape. Nasib baik aku ni muka tak malu. Niat bukan nak gatal. Just untuk info sahaja. Aku terbaca pasal tayam ni pasal kes rogol yang warga Vietnam tu. Lepas tu perogol tu pasang tayam dekat nonei dia. Setelah bertanya, menggoogle dan membaca pasal tayam, ternyata dapat juga info. Tetapi gambar tayam tersebut tak jelas macam mana. korang pepandai imagine je  lah. Tak pun pi cari sape sape yang pakai tayam, pegang sendiri. Haha

Tayam ialah memasukkan atau menanam objek bersaiz seperti telur cicak atau kacang tanah ke dalam nonei lelaki. Kebiasaannya ialah bebola kaca, plastik batang berus gigi yang dibentuk bulat atau lonjong atau juga bearing besi. Bearing besi kalau di masukkan boleh berkarat dan lama lama boleh menyebabkan jangkitan kuman pada nonei. Kebanyakan org yang memasang tayam ni ialah banduan. Cara nya, mereka menetas sedikit lapisan kulit zakar dan memasukkan bebola tersebut. Kemudian kulit itu dibiarkan bercantum sendiri. Proses yang sangat berisiko sebab mereka tak pakai antiseptik atau ape ape pelindungan. Boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ada juga yang menutup luka tersebut menggunakan sarang labah labah. Sarang labah labah akan dibalut disekeliling luka tersebut. Bayangkan berapa banyak kuman hinggap.

Dikatakan pemasangan tayam ini dapat memberi kepuasan seks kepada pasangan kerana bebola yang ditanam itu akan membonjol pada nonei tadi. Ada sesetengah org tu menanam tayam sampai 24 biji. Dah kenapa pun tak taw. Mungkin nak bagi puas sangat lah tu. Untuk penggunaan bearing tu aku tak pasni macam mana dia masukkan. Kalau bearing bentuk bulat tu dia masukkan ikut saiz nonei yang normal, kalau nonei tu bangun macam mana? Atau pun dia dah ukur siap siap diameter nonei bila bangun, jadi dia akan tanam bearing berdiameter tersebut. Atau dia tanam bola bearing tu? Aku rasa dia tanam bola bearing. Tayam ni bukan macam cincin. Kalau macam cincin tak logik pulak. Tapi itu aku tak pasti.

Tapi aku terfikir, bila buat macam tu, pasangan tak sakit ke? Cara penanaman tu adakah sekeliling nonei ataupun dia letak ikut suka dia je? Masih dalam mode tertanya tanya. Nanti kalau ada info baru, aku update lagi ok? Chiow~

.tita.

ANAK

Pagi ni aku terdetik nak tulis pasal anak. Bagi aku anak ni anugerah terindah yang dikurnikan dekat manusia. Rasa ajaib bila ada benda bernyawa dalam rahim kita. Kita kandung selama 9 bulan. Bawak ke kanan, kiri, tengah, depan belakang. Ke mana mana saja kita berada.

Disebabkan kes buang anak ni berleluasa sangat, buat aku rasa sedih. Anak yang kau kandung 9 bulan, yang kau berjuang habis tenaga untuk lahirkan dia, lepas dia lahir, sampai hati aku buang dia dalam toilet, dekat pokok yang ada kerengga, dekat dalam tong sampah dan merata rata. Tak kesian ke, tak terdetik rasa sayang ke tengok muka si comel tu? Jangan takut dengan mulut orang. Itu salah kita. Bukan salah anak kita. Kita kena bertanggungjawab dengan segala perbuatan yang kita dah buat tak kira perbuatan itu salah atau betul. Sebusuk busuk mana kita pun, sejahat jahat mana kita pun, keluarga akan terima kita. Walau kita pernah bunuh org sekalipun, keluarga kita akan terima kita dengan syarat kita berubah. Kalau adik beradik benci kita sekalipun, mak ayah kita akan tetap terus sayang kita sampai akhir hayat diorg. Jadi yang rasa nak buang anak tu, fikir lah balik. Kesian dekat baby tu. Kalau awak tak nak baby tu, awak bagi dekat org lain untuk jaga dia. Ramai yang nak anak. Bukan awak campak anak awak tu dari tingkat 3 dan sebagainya. Dia baby. Tak taw ape kecuali menangis. Jangan takut dengan mulut org. Bila diorang penat, berenti lah mulut diorg nak bercakap. Biasalah manusia.

Kalau awak tak sedih lagi, awak tengok perkembangan anak awak dalam perut awak. Betapa dia suka suara awak semua. awak tengok ni.


Anak kita yang akan doa kan kita bila kita mati. Dia akan menolong kita dekat akhirat kelak. InsyaAllah kita akan dapat anak yang soleh dan solehah. Amin.

.tita.

FEELING THURSDAY

Tak taw kenapa pagi ni feeling sangat. start daripada tengah malam tadi. Last few months, aku dah mula bertudung. Salah satu sebabnya adalah sebab aku ada nightmare. Mimpi tu cakap masa aku dah sampai (mati). Mimpi ni ada lah 3 kali berturut turut. Lepas tu aku jadi takut sebab rasa banyak sangat dosa. Memang banyak. Dosa besar, kecik. Aku cerita dekat Hisham dan aku start mula bertudung. Tapi aku on off juga lagi. Tapi lately ni aku dah mula full bertudung kecuali masa nak pergi event. Tapi sejak kelmarin, aku dah rasa penat dengan life enjoy, membazir duit ni. Seronok 3 jam macam tu je. Tapi duit sebulan habis dalam masa semalam je. Plus aku rasa macam dah puas dengan hidup macam tu. Mungkin susah untuk aku berubah sebab kawan kawan masih lagi pergi clubbing dengan event. Tapi aku akan usahakan untuk berubah juga. 

Malam tadi mimpi pasal mati mati lagi. Aku tak suka mimpi macam tu. Dia buat aku takut. Aku tertanya tanya, mimpi pukul berapa yang betul dan mimpi pukul berapa yang mainan syaitan utk menyesatkan kita? Aku takut aku mati tak sempat taubat semua dosa. Dosa dosa yang ada besar belaka. Tak cukup nak cover dengan kebaikan yang ada (kalau ada lah). Aku tak sedia nak mati lagi. Untuk aku kalau kita buat silap hari ni, kita masih boleh bangun untuk hari esoknya untuk betulkan kesilapan yang ada. Tapi kalau kita dah mati hari ni, hari esok tiada lagi untuk kita cari amalan sebagai bekalan dekat alam sana. Aku selalu fikir, kalau kita dah mati, habis lah kita kalau kita takde amalan. Seksa azab api neraka Allah memang kita tak akan mampu tanggung. Bayangkan lah kalau sebesar lubang jarum api neraka jatuh ke bumi, maka hancur lah bumi. Ini pulak kalau kita menetap dekat neraka kelak, mampu ke nak bertahan? Yakin ke kita ada amalan yang baik untuk selamatkan kita kelak? Sebab tu aku rasa selagi kita hidup ni, cuba lah untuk berubah, untuk bertaubat. Kumpul amalan untuk dibawa ke akhirat kelak. 

Sampai je office pagi tadi, aku buka twitter Aiman sebab dia ada tweet something malam tadi. Bila aku buka, video tu pasal khutbah terakhir Rasulullah. Sedih, menangis aku. Lepas tu aku tengok saat saat kewafatan Rasulullah. Kalau kekasih Allah rasa sakit sakaratul maut tu, apatah lagi kita yang hina dekat sisi Allah ni. Aku rasa sedih sangat. Aku rasa takut. Semua rasa ada. Terus terbayang dosa dosa lampau. Memang dosa besar sangat yang tak dapat aku nyatakan dekat sini. Terbayang selaga benda yang aku rasa seronok dulu tapi akhirnya tak bagi ape ape faedah untuk aku. Mungkin semua tu sebagai pengalaman aku untuk benda benda lagha. Tapi aku mohon sangat dekat Allah supaya umur aku dipanjangkan lagi. Aku nak mati dalam iman bukan dalam kekufuran, kekafiran. Aku nak taubat nasuha semua benda. Aku nak kawin dulu  dan tebus balik segala semua dosa yang aku dah buat. 

"YA ALLAH YA TUHANKU, KAU PANJANGKANLAH UMUR AKU, KEDUA IBU BAPAKU, KELUARGA KU, HISHAM, KAWAN KAWAN KU DAN SELURUH UMAT ISLAM. BERI LAH KAMI PELUANG UNTUK BERTAUBAT KEPADA MU DAN TUNJUKKAN LAH KAMI JALAN YANG BENAR. KE JALAN YANG ENGKAU REDHAI. KE JALAN SYURGA MU. MURAHKAN LAH REZEKI KAMI. PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. JAUHKAN KAMI DARIPADA SIKSAAN API NERAKA MU." AMIN

Aku harap Allah dengar doa aku ni dan makbulkan lah. Bagi lah peluang untuk kami bertaubat. Amin Ya Rabbalalamin.

.tita.

Tuesday, 11 December 2012

MUST WATCH THIS!

Eksited eksited eksited. Terbuka hati nak tulis entry ni sebab tadi masa lunch hour, tertengok cerita ni kat tv. Cerita CAKE BOSS! Aku tengok daripada season 1 sampai season 5 (latest!). Hisham yang introducekan cerita ni dekat aku. Thank you Manja!

Cerita ni pasal baker, name Buddy. Dia ada bakery shop yang dah 100 tahun, Carlos Bakery. Cake yang dia buat semua hebat hebat. Aku memang kagum gila lah dengan setiap creation dia. Cara dia sculp muka orang semua cantik sangat, dia punya sugar flower. Fuhh Antara cake yang aku kagum dia buat, Seesamic Street cake, aquarium cake, etc. Tapi dia bukan buat cake saje, ada cookies, carnoli, cup cake, etc.

Bakery ni family business. Ada Buddy (bos), Mouro (second bos), Frankie (decorator), Joe (head baker), Danny, Anthony, Maorizio, Lisa, Grace, Madeline, Mary, Ralph (sculptor) and etc. Aku paling minat Ralph ni sebab dia punya creation memang cantik cantik. Kalau kata dia buat dinosor, memang sebijik gila. Lagi aku suka semangat family diorg. Ape ape pun mesti dgn family. Cara Buddy express love dekat wife dia, sangat romantic. Hopes I get a husband like him ;)



Aquarium cake. Cantik gila!


Sesame Street cake! o_O

Harga cake tak taw tapi yang boleh roughly guess dalam beribu riban. Sekarang ni jadi fav tv show aku. Hihi  Kalau kat astro, Cake Boss korg boleh tengok dekat channel 707. Kalau tak korang search je dekat you tube. hihi

 Ni salah satu episod dalam Cake Boss. Season 5.


Silly Seuss cake. Menarik.

Chiow~

.tita.

DUA JIWA SATU HATI?


Pernah tak rasa sayang dua orang dalam satu masa tapi korang tak boleh nak buat pilihan? Masing masing ada kelebihan, kekurangan dan kepentingan sendiri. Bila nak buat pilihan, mesti takkan mampu. Takut sebenarnya nak sakitkan hati salah sorang dan takut rasa bersalah sampai bila bila. Lagi sedih bila kita bayangkan macam mana hidup dia tanpa kita, seksa nya, sakit nya, semua lah. Lagi lagi bila si dia tu jenis anti-social (tak sosial mana).

Rasanya masalah macam ni ramai yang alami. Diorg lebih suka ikut "JUST GO WITH THE FLOW" style. Bukan ape, sebab tak mampu nak buat pilihan dan bila fikir masalah ni akan jadi serabut beruk. Tapi tak dapat dielakkan, bila duduk sorang sorang atau paling kuat pun sebelum tidur, mesti terfikir 'sampai bila lah nak macam ni', 'ape lah aku buat sekarang ni'. Jenis jenis manusia macam ni bukan playgirl ye. Playgirl dia tak payah fikir serabut otak macam ni. Diorg senang je nak sepak orang. Ni jenis yang dah tersayang dua org ataupun dah couple dgn org lain tiba tiba ex datang cakap sayang sayang lagi. Perasaan sayang pulak ada lagi untuk ex. Memang serabut. Memang kita biasanya akan just go with the flow tapi sampai bila kan? One fine day, mesti kena buat pilihan. Kan?

Jadi masa tengah go with the flow dan sebelum kena buat pilihan, kena lah fikir antara mereka berdua, siapa yang the best dan ada bright future dengan kita atau kita tinggalkan dua dua untuk jadi adil. Mampu ke? Blerghhh ~ Antara dua mesti salah sorg tu korg sayang lebih sikit kan? Jangan tipu cakap sayang sama rata sebab benda mcm tu takkan wujud dekat manusia. Allah je mampu beri kasih sayang sama rata dekat hambaNya. Muhasabah jap. Hihi Untuk aku, aku pegang dekat ayat ni,

 "IF YOU HAVE TO CHOOSE BETWEEN ONE AND TWO, CHOOSE NUMBER TWO BECAUSE IF YOU REALLY LOVE NUMBER ONE, TWO WILL NEVER EXIST"

Ha. Faham tak ayat tu? Meh aku terangkan sikit. Maksudnya kalau betul kau sayang boipren no 1 kau, kau takkan curang pergi bercinta dengan boipren no 2 kau. Memang la sayang dua dua tapi mesti no 2 kau sayang lebih sikit dari no 1. Kan?

Permasalahan ni takde siapa boleh settle kan unless kau pergi jumpa bomoh, bomohkan diri kau jadi hilang ingatan. Haha but still tak boleh settle kan masalah. Buat nya satu hari nanti ingat balik, udah meroyan tak tentu pasal. Hihi Jadi fikir baik baik sebab soal hati ni kita tak boleh paksa. Hati ni unik kan? Walaupun org tu sakitkan hati kita tapi still hati kita tak boleh berenti sayang dia. Kalau rasa was was, ragu ragu, buat solat sunat istikharah lepas tu tawakkal. Ingat, Allah dah tentukan jodoh kita semasa kita dalam rahim mak kita lagi. Chiow~

.tita.

WHEN I WAS YOUR MAN

Hapdet ni semata mata nak tunggu pukul 5.30 nak balik. Jadi mari saya tuju lagu! Hehe





Pesanan penaja,

Kepada boipren boipren kat luar sana tu, hargai gepren gepren anda. Jangan dah melepas baru nak terhegeh hegeh cari, rayu. Memang tak dapat la der. Tak dapat. Jenis perempuan ni, seklai dia dah tawar hati, memang tawar habis. Tambah la gula kot mana pun, tak boleh ubah dah rasa tawar tu.

.tita.